Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Nurul Shuhada nafi abaikan anak-anak

    “Adakah dia (Hafidz) lebih sanggup melihat anak-anak diambil oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daripada dijaga oleh ibu mereka sendiri?”.

    Demikian luahan bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri ketika diminta mengulas mengenai kediamannya dikunjungi oleh pihak JKM kerana didakwa mengabaikan anak-anaknya.

    “JKM datang ke rumah selepas menerima laporan. Mereka hanya menjalankan tugas dan saya rasa, tiada masalah pun.

    “Cumanya, apa yang membuatkan saya terkilan kenapa dia membuat laporan dan dakwaan kononnya saya mengabaikan anak-anak sedangkan itu tidak benar sama sekali.

    “Dia sendiri tahu, saya tak pernah abaikan anak-anak,” katanya kepada Harian Metro.

    Nurul Shuhada terkilan dengan tuduhan Hafidz sehingga kediamannya diserbu JKM. – mStar

    Ditanya sama ada Hafidz memberikan alasan kukuh, mengapa tindakan membuat laporan kepada JKM dibuat, Nurul Shuhada tidak tahu apa alasannya.

    “Dia tak berikan sebarang sebab atau alasan, mengapa bertindak sedemikian. Saya tak pernah menuduh dia apa-apa.

    “Tapi, sampai hati dia menuduh saya menggunakan anak-anak untuk cari duit. Saya cari duit dan rezeki untuk tanggung kehidupan saya dan anak-anak,” katanya.

    Baru-baru ini, Nurul Shuhada hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding tuntutan hadanah, namun, permohonannya untuk memasukkan nama ibunya, Wan Latipah Yusof sebagai respondan kedua bagi menjaga kedua-dua anaknya tidak dipersetujui oleh Hafidz.

    “Ketika masih bergelar suami isteri, ibu saya akan bantu jaga anak-anak. Contohnya, salah seorang anak masuk hospital dan sebagainya.

    “Jadi, alasan saya memang kukuh memandangkan saya pun ada ketikanya keluar bekerja mencari rezeki. Tapi, pihak mereka menolak permohonan itu,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...