Saturday, February 1, 2025
28.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Barbie’ kuasai kedudukan teratas ‘box office’

    LOS ANGELES, 14 OGOS – Filem komedi fantasi Warner Bros Pictures, Barbie kekal di puncak carta box office (pecah panggung) Amerika Utara buat minggu keempat berturut-turut dengan kutipan tiga hari dianggarkan sebanyak AS$33.7 juta.

    Ia berdasarkan data daripada firma penilaian Comscore yang didedahkan kelmarin.

    Filem aksi pengarah wanita Amerika Greta Gerwig itu mengumpul sebanyak AS$526.3 juta di Amerika Utara hingga Ahad.

    “Filem ini telah memikat imaginasi penonton filem di seluruh dunia dan hasilnya sungguh mengagumkan dengan kutipan global yang besar sehingga hujung minggu ini sebanyak AS$1.184 bilion,” tulis penganalisis filem kanan Comscore, Paul Dergarabedian, menerusi e-mel kepada Xinhua.

    Barbie menampilkan pelakon-pelakon ternama termasuk Margot Robbie dan Ryan Gosling.

    Drama biografi Universal Pictures Oppenheimer, arahan Christopher Nolan berada di tempat kedua dengan kutipan AS$18.8 juta pada minggu keempat tayangannya dan keseluruhan AS$264.3 juta.

    Sementara itu di tempat ketiga carta ialah filem animasi adiwira Teenage Mutant Ninja Turtles: Mutant Mayhem daripada Paramount memperoleh sebanyaj AS$15.75 juta pada hujung minggu kedua tayangannya, dengan jumlah keseluruhan Amerika Utara kepada AS$72.8 juta. – Bernama

    Salah satu babak dalam filem Barbie. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda