Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barca tundukkan Valladolid

    1 SEPT – Pemain sayap Brazil, Raphinha menjaringkan hatrik ketika Barcelona membelasah Real Valladolid 7-0 kelmarin, menjadikan mereka mencatat empat kemenangan daripada empat perlawanan dalam La Liga di bawah jurulatih baharu, Hansi Flick.

    Sementara pesaing sengit mereka, Real Madrid tersandung awal berikutan ketibaan Kylian Mbappe yang banyak diperkatakan, Barcelona memulakan musim dengan cemerlang walaupun menghadapi masalah kewangan yang berterusan.

    Mereka juga kehilangan Frenkie de Jong, Gavi dan Ronald Araujo tetapi berjaya mengumpulkan 12 mata maksimum menjelang rehat antarabangsa, meninggalkan mereka tujuh mata di hadapan Madrid yang menentang Real Betis hari ini.

    “Kami sedang berkembang sebagai satu pasukan. Saya fikir ia adalah permulaan musim yang sangat baik,” kata kapten Barcelona, ​​Marc-Andre ter Stegen.

    “Saya berbangga dengan keadaan yang berlaku semoga kami dapat meneruskannya dalam minggu-minggu akan datang.”

    Permulaan terbaik Barcelona dalam kempen La Liga berlaku pada musim 2013-14 ketika mereka memulakan musim dengan lapan kemenangan berturut-turut, walaupun mereka akhirnya tewas dalam perebutan gelaran kepada Atletico Madrid pada tahun itu.

    Raphinha membuka tirai jaringan untuk Barcelona di Stadium Olimpik pada minit ke-20 apabila dia menerima hantaran daripada Pau Cubarsi dan menjaringkan gol dengan penuh bergata ke sudut jauh.

    Robert Lewandowski tidak lama kemudian menggandakan pendahuluan apabila dia menyambut hantaran dari Lamine Yamal dan melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Valladolid, Karl Hein, syang dipinjamkan dari Arsenal.

    Jules Kounde menjadikan kedudukan 3-0 sebelum separuh masa apabila sepakan sudut jatuh kepada pertahanan Perancis di dalam kawasan dan dia merembat ke penjuru atas gawang. – AFP

    Reaksi Raphinha selepas menjaringkan gol semasa perlawanan bola sepak La Liga Sepanyol di stadium Olimpik di Barcelona, Sepanyol pada 31 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda