Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Barcelona kembali ke pusingan kalah mati

    MADRID, 28 NOV – Kemenangan menentang Porto sudah memadai untuk meletakkan Barcelona kembali ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara selepas dua penyingkiran peringkat kumpulan berturut-turut.

    Bagaimanapun, ia mungkin tidak mencukupi untuk mengurangkan tekanan ke atas jurulatih Xavi Hernandez, yang telah bergelut untuk mendapatkan pasukannya bermain dengan baik baru-baru ini.

    Barcelona bangkit daripada kekalahan 1-0 kepada Shakhtar Donetsk dalam perlawanan terakhir Liga Juara-Juara, dan seri 1-1 di Rayo Vallecano dalam perlawanan liga Sepanyol sebelumnya. Pasukan itu juga telah mempamerkan persembahan hambar apabila memenangi perlawanan baru-baru ini.

    “Segala-galanya tidak berjalan seperti yang dijangkakan akhir-akhir ini,” kata Xavi kelmarin. “Menentang Rayo, keadaan menjadi lebih baik, tetapi kami kekurangan kesinambungan. Esok adalah peluang besar bagi kami. Ia boleh menjadi titik perubahan. Saya benar-benar yakin kami akan bermain dengan lebih baik lagi. Jika tidak, saya tidak akan berada di sini,” katanya.

    Barcelona sama ada akan mara ke peringkat seterusnya dengan kemenangan, atau seri jika Shakhtar gagal menewaskan Antwerp dalam perlawanan Kumpulan H yang lain hari ini. Kelab Catalan itu gagal mara ke peringkat kalah mati dalam dua musim selepas Lionel Messi meninggalkan kelab itu.

    “Selalu ada tekanan di Barca,” kata Xavi. “Ia sentiasa seperti ini dan itu tidak akan berubah. Awda perlu menang di kelab ini,” ujarnya.

    Xavi berkata dia menerima sokongan penuh daripada kelab walaupun berdepan kesukaran baru-baru ini. “Kami semua percaya dengan projek itu dan wujudnya kepercayaan penuh,” katanya.

    Barcelona mempunyai sembilan mata yang sama dengan Porto di tempat kedua, yang baru sahaja menang menentang Antwerp di tempat terakhir. Shakhtar di tempat ketiga dengan enam mata. – AP

    Reaksi Xavi semasa perlawanan La Liga Sepanyol di stadium Vallecas di Madrid, Sepanyol pada 25 November. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...