Saturday, February 8, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Barcelona lancar akademi di China

    BEIJING, 24 Feb – Ronaldinho melancarkan akademi Barcelona bersama kira-kira 1,000 pelajar di China, hari ini sebagai salah satu daripada usaha negara penduduk paling ramai di dunia itu mengejar cita-cita besar dalam sukan global paling popular.

    Pemain hebat Barcelona dan Brazil bersama presiden kelab Josep Maria Bartomeu bertemu kanak-kanak dan melawat laman Kompleks golf Mission Hills di pulau Hainan yang menyaksikan tujuh padangnya dibuka pada akhir tahun ini.

    Akademi berkenaan yang juga akan berfungsi sebagai pusat latihan pasukan negara dan kelab ternama, merupakan salah daripada puluhan ribu kemudahan yang diharapkan pada tahun-tahun akan datang ketika China berusaha untuk menjadi kuasa besar bola sepak.

    “Kita tahu Barcelona FC memang arif bekerja bersama kanak-kanak dengan peringkat profesional yang tinggi,” kata Ronaldinho. “Saya percaya mereka akan banyak membantu bola sepak China.”

    Kemudahan baru itu akan menjadi akademi terbesar antara lebih 20 buah akademi Barcelona di seluruh dunia dan yang pertama diuruskan secara langsung oleh kakitangan kelab.

    Bagaimanapun, ia masih belum mampu bersaing dengan Sekolah Bola Sepak Evergrande di Guangdong, yang mempunyai hubungan dengan ??Real Madrid dengan lebih 2,000 pelajar menjadikannya akademi terbesar di dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda