Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bariga maklumat dalam Program Sua Muka

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 FEB – Dalam usaha untuk menyampaikan maklumat mengenai isu-isu semasa dan dasar kerajaan dan dalam masa yang sama untuk menerima maklum balas yang perlu diambil perhatian dan tindakan oleh agensi-agensi kerajaan yang berkenaan, Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri melalui Unit Hubungan Masyarakat, Seksyen Komunikasi Strategik, Bahagian Penerbitan dan Komunikasi Strategik, hari ini mengadakan Program Sua Muka bagi Kampung Sengkurong A dan Kampung Sengkurong B, Mukim Sengkurong bertempat di Pejabat Penghulu dan Ketua-Ketua Kampung Mukim Sengkurong.

    Mengetuai rombongan Jabatan Penerangan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya yang disertai oleh beberapa orang pegawai dan kakitangan Jabatan Penerangan. Turut hadir menyampaikan maklumat terkini kepada penduduk-penduduk kampung berkenaan ialah pegawai-pegawai kanan dari Jabatan Bandaran Kuala Belait dan Seria, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Jabatan Pertanian dan Agrimakanan, Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan.

    Ketua rombongan dalam mukadimah beliau telah menekankan mengenai peranan Jabatan Penerangan sebagai lidah, mata dan telinga kerajaan dalam menyampaikan apa jua maklumat, dasar Kerajaan dan isu-isu semasa kepada rakyat dan penduduk di negara ini melalui beberapa landasan yang antara lain ialah Program Sua Muka dan juga melalui terbitan akhbar rasmi Pelita Brunei. Program Sua Muka itu jelas beliau adalah salah satu program di bawah strategi kerja Jabatan Penerangan iaitu Komunikasi Bersemuka yang dihasratkan bagi meningkatkan hubungan dua hala antara pihak kerajaan dengan rakyat dan rakyat dengan kerajaan dengan membarigakan maklumat dan mengendalikan program hubungan masyarakat yang dapat menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan mukim atau kampung.

    Penghulu Mukim Sengkurong selaku Pemangku Ketua Kampung Sengkurong A, Dr Haji Abdullah Hanif bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman dalam ucapan balas beliau menyambut baik kerja keras Jabatan Penerangan dalam menyampaikan permasalahan penduduk kampung kepada agensi-agensi berkaitan dan beliau berharap agar program sebegini perlu diteruskan lagi di masa akan datang.

    Sementara itu, Pemangku Ketua Kampung Sengkurong B, Awang Abdul Razak bin Haji Ismail menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas peluang yang diberikan bagi mengemukakan isu dan permasalahan yang dihadapi penduduk kampung untuk diambil perhatian oleh agensi-agensi berkaitan.

    Menurut beliau, program itu amat mustahak dalam mengungkayahkan penyelesaian terhadap isu-isu yang dikemukakan sepertimana yang telah dirancang oleh agensi-agensi berkaitan.

    Program Sua Muka diakhiri dengan sesi dialog mengenai isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk kampung yang antara lain berkaitan dengan keselamatan, prasarana, perekonomian, kemudahan awam dan isu kebajikan.

    Sesi bergambar ramai bersama Pemangku Timbalan Pengarah Penerangan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN
    Dr Haji Abdullah Hanif semasa menyampaikan permasalahan penduduk kampung kepada agensi-agensi berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENERANGAN

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...