Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    8,000 hilang tempat tinggal dipindah

    GENEVA, 6 FEB – Kira-kira 8,000 orang yang kehilangan tempat tinggal telah dipindahkan dari hospital yang terkepung di bandar utama selatan Gaza Khan Yunis di mana mereka mendapatkan perlindungan, kata Palang Merah hari ini.

    “Situasi kemanusiaan di Semenanjung Gaza adalah melampaui malapetaka,” Tommaso Della Longa, beritahu jurucakap Persekutuan Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC), kepada pemberita di Geneva.

    Beliau berkata IFRC diberitahu hospital Al-Amal, yang dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS), sebahagian besarnya telah dikosongkan berikutan pengepungan yang lama oleh tentera Israel.

    “Lapan ribu orang kehilangan tempat tinggal yang mendapatkan perlindungan di hospital Bulan Sabit Merah Palestin di Khan Yunis … meninggalkan hospital semalam”, jelasnya.

    Beliau berkata Al-Amal telah dikepung selama lebih dua minggu, diiringi tembakan dan pertempuran hebat. Ia diserang beberapa kali, termasuk pada Jumaat lalu, apabila seorang sukarelawan PRCS terbunuh.

    Kira-kira 100 pesakit warga emas, cedera dan kurang upaya kekal di sana, bersama kira-kira 100 kakitangan dan sukarelawan, kata ICRC.

    Malah sebelum pemindahan, Al-Amal telah menghadapi cabaran besar, termasuk kekurangan ubat-ubatan, makanan dan air, kata Della Longa.

    ‘Mengisi semula stok adalah hampir mustahil’, begitu juga akses untuk ambulans. – AFP

    Penduduk Palestin beratur di pintu masuk barat Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza pada 2 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...