Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Barnsley dikeluarkan daripada Piala FA, guna pemain yang tidak layak

    LONDON, 23 NOV – Kelab bola sepak Inggeris, Barnsley telah ditendang keluar dari Piala FA musim ini pada kelmarin kerana menurunkan pemain yang tidak layak.

    Pasukan divisyen ketiga berkata ‘kesilapan pentadbiran’ harus dipersalahkan kerana menurunkan pemain yang tidak dinamakan itu dalam perlawanan ulangan pusingan pertama menentang Horsham pada 14 November. Barnsley memenangi perlawanan itu 3-0.

    “Kelab itu telah bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan dan telah menerima keputusan FA,” kata Barnsley dalam satu kenyataan. “Kami ingin memohon maaf kepada peminat, pemain dan kakitangan kami atas kesilapan yang dikesali ini. Kesilapan ini, walaupun tidak disengajakan,  jauh di bawah piawaian tinggi yang kami tetapkan di kelab ini dan bukan apa yang anda layak terima.”

    FA berkata kelab bukan liga Horsham telah dikembalikan semula dalam pertandingan itu dan telah mara ke pusingan kedua, di mana ia akan menentang pasukan divisyen empat Sutton pada 2 Disember nanti.

    Pasukan Liga Perdana memasuki Piala FA pada pusingan ketiga.

    FA mahupun Barnsley tidak segera menjawab permintaan untuk mengenal pasti pemain itu, yang menurut badan induk itu tidak layak kerana dia tidak didaftarkan dengan ‘betul’ pada masanya untuk perlawanan asal pada 3 November, yang berkesudahan dengan keputusan seri 3-3.

    “Barnsley mengakui pertuduhan ini dan mengakui bahawa pelanggaran telah berlaku,” kata FA.

    Barnsley berkata ia telah menjalankan siasatan dalaman dan “meletakkan perlindungan untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.” – AP

    Barnsley telah disingkirkan daripada Piala FA musim ini pada kelmarin selepas ia menurunkan pemain yang tidak layak dalam pertandingan kalah mati tertua bola sepak profesional. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...