Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesin basuh diberi kepada jiran kerana lebih memerlukan

    Jika sebelum ini ramai bersimpati dengan Ina Naim gara-gara kenyataan suaminya Suhaimi Saad yang memberitahu rumah mereka tiada mesin basuh, rupa-rupanya ada cerita di sebalik kisah berkenaan.

    Memetik dari mStar, perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook bernama Ryhan Musa yang telah mengunjungi Ina di kediamannya selepas pemergian Suhaimi.

    Ina atau Nordiana Mohd Naim, 39, memberitahu rumahnya tidak mempunyai kemudahan tersebut bukan kerana tidak mampu atau disengajakan sebaliknya mereka memberikan kepada jiran yang lebih memerlukan.

    “Rumah Ina sebenarnya bukan tiada mesin basuh, ada… tapi Ina nampak anak jiran Ina angkat bakul baju bawa keluar rumah dengan muka penat.

    “Ina tegur jiran tanya kenapa dan jiran menjawab mesin basuhnya rosak.

    “Ina masuk dan bersembang dengan suami lalu bercerita mesin basuh jiran tu rosak. Lalu arwah suruh Ina berikan mesin basuh kepunyaan mereka kepada jiran tersebut,” kongsinya.

    Ryhan memaklumkan perkara itu dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Selasa.

    Sebelum ini, Suhaimi membuat pengakuan bahawa rumahnya tidak mempunyai mesin basuh untuk kegunaan harian.

    Tindakan tersebut telah mengundang kecaman warganet kerana didakwa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang suami.

    Suhaimi menghembuskan nafas terakhir pada 15 November lalu akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

    Untuk rekod, Suhaimi mendirikan rumah tangga dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9 tahun. – Agensi

    Ina Naim kuat menerima takdir kehilangan suami. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...