Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bas mini bertembung lori tangki minyak, 13 terbunuh

    DAR ES SALAAM, 23 APRIL – Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera kelmarin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di kawasan Somanga di daerah Kilwa, wilayah Lindi, selatan Tanzania, menurut polis.

    Komander polis wilayah Lindi, John Imori dalam sidang akhbar berkata 11 daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan dua orang disahkan maut ketika menerima rawatan di sebuah pusat kesihatan tempatan, sambil menambah insiden itu berlaku pada 7:30 pagi waktu tempatan, lapor Xinhua.

    Imori berkata perlanggaran berlaku selepas lori tangki itu melencong ke seberang jalan, iaitu bas mini sedang mengangkut penumpang di lebuh raya Lindi-Dar es Salaam.

    Beliau berkata polis sedang mencari pemandu lori tangki berkenaan yang menghilangkan diri selepas kemalangan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...