Monday, May 6, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Lelaki hasilkan alkohol dalam badan, disangka mabuk

    BRUSSELS, 23 APRIL – Seorang lelaki Belgium dengan keadaan metabolik yang jarang berlaku menyebabkan badannya menghasilkan alkohol telah menyaksikan pertuduhan memandu semasa mabuk yang dikenakan ke atasnya ditolak di mahkamah kelmarin.

    Lelaki berusia 40 tahun itu membuktikan dia menghidap sindrom auto-brewery (ABS), yang menyebabkan karbohidrat dalam perutnya ditapai, meningkatkan tahap etanol dalam darahnya dan menghasilkan tanda-tanda mabuk.

    Peguamnya, Anse Ghesquiere mengesahkan kes luar biasa itu kepada AFP selepas media Belgium melaporkannya.

    Beliau berkata saintis percaya bahawa bilangan kes ABS di dunia adalah kurang dianggarkan. Pada masa ini, hanya kira-kira 20 orang di seluruh dunia telah didiagnosis secara rasmi dengan keadaan tersebut.

    Beliau menegaskan anak guamannya memberikan bukti ABSnya selepas ujian dijalankan oleh tiga orang doktor.

    Mahkamah mengiktiraf faktor di luar jangkaan undang-undang digunakan untuk kes lelaki itu dan kemudian membebaskannya daripada pertuduhan tersebut.

    Dia dihadapkan ke mahkamah selepas polis pada April 2022 menahan kenderaannya dan membuat ujian ke atasnya dengan bacaan alat pernafasan dan hasilnya mendapati sebanyak 0.91 miligram alkohol, dan pada ujian kali kedua pula sebanyak 0.71 miligram alkohol telah dikenal pasti.

    Had undang-undang di Belgium ialah 0.22 miligram seliter udara yang dihembus, yang sepadan dengan paras alkohol darah 0.5 gram seliter.

    Sebelum ini, pada 2019, lelaki itu pernah didenda dan digantung lesen memandu walaupun membantah bahawa dia tidak minum alkohol. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...