Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bas terjunam ragut 29 nyawa

    QUETTA, 29 MEI – Sekurang-kurangnya 29 orang terbunuh hari ini apabila sebuah bas terjunam dari jalan ke dalam gaung yang dalam di barat daya Pakistan, menurut pegawai hospital dan kerajaan.

    Nahas tersebut berlaku sekitar subuh di bandar Basima di wilayah Balochistan ketika bas itu sedang dalam perjalanan dari bandar Turbat ke Quetta.

    “Pemandu sedang membelok di kawasan pergunungan ketika kenderaan itu hilang kawalan dan terjatuh ke dalam gaung,” kata Ismail Mengal, seorang pegawai kerajaan tempatan, dengan memberikan angka kematian seramai 29 orang.

    “Kami masih menyiasat punca kejadian. Mungkin pemandunya tertidur atau memandu laju sehingga menyebabkan kemalangan ini.”

    Pemandu itu meninggal dunia akibat kecederaan di hospital, dan lebih 20 orang yang lain cedera.

    Noor Ullah, ketua doktor di Hospital Awam Basima, memberitahu AFP bahawa 29 mayat telah dibawa ke sana, termasuk tiga wanita dan dua kanak-kanak.

    Perdana Menteri Shehbaz Sharif telah ‘menyatakan rasa sedih yang mendalam dan berdukacita atas kemalangan jalan raya yang tragis itu’, kata pejabatnya dalam satu kenyataan. – AFP

    Kelihatan bas yang remuk selepas ia terhempas di sepanjang kawasan pergunungan di bandar Basima di wilayah Balochistan kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...