Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hampir 20 peratus wilayah Indonesia mula alami musim kemarau

    JAKARTA, 29 MEI – Kira-kira 19 peratus wilayah Indonesia, termasuk Aceh, Sumatera Utara, Riau serta pantai utara dan selatan Jawa dan Bali, kini mengalami permulaan musim kemarau yang dijangka berterusan sehingga September.

    Ketua Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, Dwikorita Karnawati meramalkan bahawa musim kemarau akan menjangkau ke Lampung, Kepulauan Jawa, Bali, Nusa Tenggara Timur dan sebahagian Sulawesi Selatan dan Tenggara menjelang Ogos.

    “Kami telah mengesan titik panas awal di kawasan yang terdedah kepada kebakaran, menunjukkan keperluan untuk meningkatkan kewaspadaan terhadap potensi tahap berisiko sederhana hingga tinggi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

    BMKG turut menasihatkan pihak berkuasa tempatan untuk mengisi semula takungan di kawasan yang terdedah kepada kemarau dan meningkatkan paras air bawah tanah di kawasan yang mudah terbakar, terutamanya di tanah gambut.

    Pihak berkuasa tempatan digesa memastikan ketersambungan rangkaian pengairan yang mencukupi dari takungan ke kawasan yang terjejas kemarau untuk memudahkan usaha pengubahsuaian cuaca yang berkesan dan mengurangkan potensi bencana berkaitan kemarau. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...