Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Basikal roda tiga elektrik bantu wanita Zimbabwe

    DOMBOSHAVA, ZIMBABWE – Selama bertahun-tahun menjual telur, yang merupakan perniagaan tidak menggembirakan bagi Danai Bvochora kerana kebanyakan wang yang diperolehnya digunakan untuk menampung tambang bas mini ke pasar di kawasan luar bandar Zimbabwe.

    Sehinggalah basikal roda tiga elektrik berkuasa solar mengubah nasib hidupnya.

    “Kami pernah membawa beban di atas kepala kami sebelum ini. Namun setelah adanya basikal roda tiga, ia telah mengurangkan beban,” kata wanita berusia 47 tahun dari Domboshava, kira-kira 40 kilometer di utara ibu kota Zimbabwe, Harare.

    Dia dengan berhati-hati memuatkan telur ke dalam treler basikal roda tiga sebelum memulakan perjalanan bergelombang sejauh lapan kilometer ke pasar.

    Bvochora menjelaskan satu perjalanan untuk membeli makanan ayam dari pusat perniagaan tempatan pernah menelan belanjanya sebanyak AS$12. Tetapi kini, dengan mengecas kenderaan berkuasa solar baharunya dia hanya membayar AS$2.50 setiap dua minggu, dan kini dia mendapat keuntungan yang lebih.

    Kelihatan Danai Bvochora memandu basikal roda tiga elektrik. – AFP

    Bvochora adalah antara kumpulan wanita di Domboshava, sebuah daerah yang terkenal dengan bukit-bukau yang indah dan batu-batu besar, menerima basikal roda tiga tahun lepas sebagai sebahagian daripada projek yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah untuk membantu petani berskala kecil.

    Dipasang oleh perusahaan sosial yang berpangkalan di Harare, Mobility for Africa, kenderaan tiga roda itu mula diperkenalkan di Zimbabwe pada 2019 untuk membantu wanita membangunkan perniagaan mereka, kata pengarah syarikat itu, Shantha Bloemen.

    Pengangkutan tidak mencukupi di kawasan luar bandar yang kurang penduduk di Zimbabwe, di mana wanita sering terpaksa berjalan jauh dengan membawa beban berat di atas kepala mereka untuk berniaga produk dan kadangkala pengangkutan mengalami kerosakan dalam perjalanan.

    Namun idea untuk menangani perkara itu dengan kenderaan tiga roda elektrik menimbulkan kemarahan pada mulanya, kata Bloemen yang berasal dari Amerika, yang merupakan pemastautin tetap di Zimbabwe dan tinggal di negara itu pada 1990an ketika dia bekerja untuk UNICEF.

    Tiga tahun kemudian, perusahaan sosial itu merancang untuk menggandakan lebih daripada tiga kali ganda kumpulan semasanya iaitu 88 kenderaan bermotor menjelang akhir 2022.

    Perusahaan itu mengendalikan tiga buah stesen berkuasa solar, di mana pemandu boleh datang untuk menukar bateri litium mereka dengan bateri yang dicas penuh apabila kehabisan tenaga dan membayar bil apabila mengalami sesuatu kerosakan.

    Sesetengah kenderaan tiga roda digelar ‘Hamba’ atau go’ dalam bahasa Ndebele tempatan dibeli oleh EU dan kemudian dihadiahkan kepada penduduk tempatan dan yang lainnya disewakan dengan harga AS$5 sehari. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...