Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    BATC 2024 platform Justin Hoh ke Piala Thomas

    KUALA LUMPUR, 26 JAN – Penyenaraian pemain perseorangan Malaysia, Justin Hoh, ke dalam skuad kebangsaan untuk Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 merupakan platform bagi pemain muda itu menambat hati jurulatih agar diturunkan untuk saingan Piala Thomas pada April ini.

    Jurulatih Perseorangan Lelaki Malaysia, Datuk Tey Seu Bock, tidak menafikan Justin bakal memikul beban besar bagi kempen ini, namun pemain berusia 20 tahun itu harus menyahut cabaran pada kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvenyen Setia City Shah Alam, bermula 13 hingga 18 Februari ini.

    Keputusan mengejutkan barisan kejurulatihan menyenaraikan Justin dan seorang lagi pemain muda Eogene Ewe, menyaksikan Leong Jun Hao disisihkan pada saingan kali ini.

    Biarpun Justin belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan tendon Achilles pada kaki kirinya, Seu Bock berkata, pemain tersebut perlu diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya bersaing dalam acara berpasukan bersama pemain senior.

    Bagaimanapun, dia berkata peluang masih ada buat Jun Hao untuk merebut tempat dalam Piala Thomas sekiranya menampilkan prestasi baik selepas ini. Piala Thomas 2024 dijadualkan pada 28 April hingga 5 Mei ini di Chengdu, China. Bagi skuad BATC kali ini, skuad lelaki Malaysia yang turun dengan status juara bertahan akan turut dibarisi Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong bagi kategori peseorangan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...