Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Saintis AS cetus keriuhan di UK tentang cara membuat teh

    LONDON, 26 JAN – Seorang saintis Amerika Syarikat (AS) telah mencetuskan keriuhan rentas Atlantik dengan memberikan nasihat kepada Britain tentang minuman panas kegemaran negara itu.

    Profesor kimia di Kolej Bryn Mawr, Michelle Francl berkata salah satu kunci kepada secawan teh yang sempurna adalah dengan menambahkan secubit garam. Petua itu dimasukkan dalam buku Francl yang bertajuk Steeped: The Chemistry of Tea, yang diterbitkan oleh Royal Society of Chemistry pada Rabu lalu.

    Semenjak itu, campuran teh dengan air garam pada Parti Teh Boston telah menjejas teruk hubungan Anglo-Amerika.

    Cadangan menggunakan garam itu menimbulkan kemarahan daripada pencinta teh di Britain, di mana stereotaip popular melihat orang AS sebagai orang yang suka minum kopi tetapi tidak tahu adat tentang membuat teh, jika ada pun, mungkin dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro.

    “Jangan sebut perkataan ‘garam’ kepada kami…” tulis syarikat panduan etika, Debrett’s di X, sebelum ini dikenali sebagai Twitter. – AP

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...