Thursday, July 17, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Batu gergasi dalam pusat beli-belah curi tumpuan

    ESTONIA, 16 JULAI – Pusat Beli-belah Viimsi di bandar kecil Haabneeme di Estonia, menjadi tumpuan ramai kerana terdapat satu bongkah batu gergasi di tengah-tengah
    premisnya.

    Menurut Oddity Central, lazimnya pasar raya dipenuhi dengan rak makanan, barangan harian dan kaunter pembayaran, namun kewujudan batu gergasi sememangnya sesuatu yang luar biasa.

    Di sebuah pasar raya di Estonia, Pusat Beli-belah Viimsi, terdapat bongkah batu dengan lilitan 22 meter dan ketinggian kira-kira enam meter termasuk bahagian yang tertanam di bawah tanah, menjadi antara tarikan utama dalam rutin membeli-belah pengunjung.

    Batu tersebut wujud lebih kurang 10,000 tahun. Ia ditemui pada September 2014 semasa kerja-kerja menggali tapak asas dilakukan. Pada mulanya, para pekerja merancang untuk memusnahkan batu tersebut dengan bahan letupan.

    Namun penduduk tempatan membantah rancangan itu, dan kemudiannya batu itu dikenal pasti sebagai batu hanyut atau erratic boulder yang layak untuk diberikan status pemuliharaan.

    Batu tersebut adalah bongkah batu yang terbentuk oleh glasier, kemudian dibawa ke lokasi lain oleh pergerakan ais selama ribuan tahun sebelum ditinggalkan apabila glasier cair.

    Batu itu sering mempunyai komposisi yang berbeza dengan batu biasa, memberikan petunjuk geologi berharga mengenai sejarah zaman ais.

    Ketika Pusat Beli-belah Viimsi mula dibuka sedekad lalu, batu tersebut kelihatan agak janggal di tengah pasar raya. Lama-kelamaan masyarakat menerimanya dan pasar raya itu kini menjadikannya sebagai tempat mempamerkan hasil seni. – Agensi

    Bongkah batu gergasi dengan lilitan 22 meter dan ketinggian kira-kira enam meter di Pusat Beli-belah Viimsi di bandar Haabneeme di Estonia. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda