Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Estonia benar undi melalui telefon bimbit

    RIGA, 8 MEI – Rakyat Estonia akan dapat mengundi dalam pilihan raya melalui telefon bimbit selepas Parlimen di Tallinn meluluskan rang undang-undang berkaitan daripada kerajaan negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di rantau Baltik itu kelmarin, lapor agensi Berita Jerman (dpa).

    Menurut rang undang-undang itu, pengundian elektronik bukan sahaja boleh dilakukan menerusi komputer, tetapi juga melalui aplikasi khas untuk sistem operasi biasa pada peranti mudah alih. Keperluan teknikal akan ditentukan oleh suruhanjaya pilihan raya sebelum setiap pilihan raya.

    Perubahan undang-undang itu dijangka berkuat kuasa pada Oktober. Namun, pilihan pengundian melalui telefon bimbit tidak dapat digunakan untuk pilihan raya parlimen Eropah pada Jun. Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan IT Estonia, Tiit Riisalo berkata peraturan baharu itu bertujuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan tingkah laku penggunaan rakyat.

    “Sebahagian besar aktiviti digital harian rakyat kini beralih daripada komputer ke peranti pintar dan e-Estonia mesti dapat diakses oleh semua di platform baharu dan meluas ini,” kata menteri itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jasad Anna Gutu, malim gunung ditemui selepas setahun hilang

    KATHMANDU, 19 MEI - Sepasukan pendaki gunung telah mendapatkan mayat pendaki Amerika Syarikat (AS) dan malim gunung yang tertimbus dalam runtuhan salji di Gunung...