Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Bayern sambung kontrak pemain sensasi

    BERLIN, 21 APRIL – Pemain muda berbakat dari Kanada, Alphonso Davies berkata ia adalah ‘mimpi jadi kenyataan’ untuk menyambung kontraknya bersama Bayern Munich sehingga tahun 2025, menyertai Thomas Muller dan jurulatih, Hansi Flick yang telah menyambung penglibatan mereka dengan juara Jerman itu.

    Davies adalah bintang terkini yang ditawarkan kontrak sambungan selepas Muller dan Hansi kedua-duanya menandatangani kontrak baharu sehingga 2023.

    Davies, 19, yang pada mulanya menandatangani kontrak sehingga 2023, tetapi pemain muda versatil ini telah mengagumkan ramai orang musim ini, sebagai pemain sayap kiri dan pertahanan kiri.

    “Saya sangat gembira. Bayern Munich adalah sebuah kelab terbaik di dunia, dan bagi saya ia adalah mimpi jadi kenyataan untuk bermain di sini,” kenyataan dari Davies.

    “Saya mahu memenangi seberapa banyak piala yang mungkin dengan kelab ini.

    Alphonso Davies telah ditawarkan kontrak sambungan bersama FC Bayern sehingga 2025 berikutan dengan prestasinya yang mengagumkan musim ini. – AFP

    “Mentaliti sentiasa mahukan kemenangan ada di dalam DNA FC Bayern.”

    Davies dilahirkan di dalam kem pelarian di Ghana pada tahun 2000, ibu bapanya melarikan diri dari perang saudara di Liberia dan keluarganya telah berpindah ke Kanada apabila Davies berusia lima tahun.

    Dia menyertai gergasi Jerman dari Vancouver Whitecaps pada tahun 2019, tetapi membuat penampilan utama Bayern pada musim ini.

    Sebelum musim ini diganggu oleh pandemik, Davies telah memulakan 17 penampilan dari 25 perlawanan Bayern dan membuat penampilan dalam Liga Juara-Juara.

    “Alphonso telah membangun dengan baik di FC Bayern dan telah menerima kontrak sambungan dengan prestasinya yang mengagumkan,” kata pengerusi Bayern, Karl-Heinze Rummenigge.

    “Kami gembira dia akan berada di sini dalam tempoh yang lama.

    “Dia mengagumkan peminat kami bukan sahaja dari segi permainannya, tetapi sikapnya di luar padang.” – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini