Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bayern tangguh pesta Leverkusen

    MUNICH, 14 APRIL – Pertahanan Bayern Munich, Raphael Guerreiro menjaringkan gol pada separuh masa kedua dan gol lewat perlawanan hasil Thomas Mueller memastikan Bayern menewaskan Cologne 2-0.

    Kemenangan itu menangguhkan hasrat Bayer Leverkusen untuk berpesta sebagai juara Bundesliga lebih awal.

    Kemenangan Bayern itu bermakna Leverkusen pimpinan Xabi Alonso, yang kini mendahului 13 mata mengatasi Bayern, perlu mengalahkan Werder Bremen di tempat sendiri hari ini untuk menjulang trofi Bundesliga untuk kali pertama.

    Jurulatih Bayern, Thomas Tuchel, membuat tujuh perubahan kepada pasukannya menjelang perlawanan kedua separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Arsenal Rabu ini ketika percubaan Harry Kane dan Mathys Tel terkena palang pada separuh masa pertama.

    Bekas pemain Borussia Dortmund, Guerreiro, bermula di bek kiri melepaskan rembatan lencong dari luar kotak berjaya memecah kebuntuan selepas 65 minit perlawanan. Mueller menambah satu lagi gol untuk mengesahkan kemenangan pada minit ketiga masa kecederaan.

    Bagaimanapun Bayern turut menerima berita buruk apabila pemain sayap, Kingsley Coman, dibawa keluar kerana kecederaan lima minit memasuki separuh masa kedua, membuatkannya mungkin diketepikan menjelang kunjungan Arsenal minggu depan.

    “Dia akan menjalani ujian lanjut tetapi ia tidak kelihatan baik,” kata pengarah sukan Bayern Christoph Freund. – AFP

    Pemain Kingsley Coman selepas mengalami kecederaan semasa perlawanan bola sepak Bundesliga. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...