Oleh Yusrin Junaidi BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Feb – Dalam usaha mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa bencana yang tidak dijangkakan, Battle Pro Marketing and Management Services dengan kerjasama Jabatan Daerah Brunei dan Muara akan mengadakan Bazar Amal 2K17 1.0 pada 27 Februari hingga 2 Mac ini di Dewan Muhibah, Jabatan Daerah Brunei dan Muara.