Wednesday, October 16, 2024
26.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bazar Pelajar IBTE dibuka raikan pesta konvo

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 OKT – Sempena Pesta Konvo 2024, seluruh premis kampus Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Kampus Sultan Bolkiah (SBC) mengadakan Bazar Pelajar yang berlangsung selama tiga hari sebagai persiapan untuk majlis konvokesyen ke-32 yang akan datang pada 29 Oktober nanti

    Bazar yang bermula sejak kelmarin itu bertujuan untuk meraikan pencapaian pelajar IBTE yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi.

    Sebanyak 70 vendor menyertai bazar berkenaan yang terdiri daripada pelajar kampus, usahawan dan peniaga tempatan dengan menampilkan pelbagai jenis makanan, minuman, permainan dan juga pelbagai aktiviti.

    Bazar berkenaan terbuka kepada orang ramai bermula jam 9 pagi hingga 5 petang sehingga esok, 17 Oktober.

    Sebahagian daripada gerai, vendor dan aktiviti di bazar berkenaan – GAMBAR SERAHAN IBTE SBC

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda