Wednesday, March 26, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    BDARA sokong Brunei Run 2022

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Seramai 20 ahli Persekutuan Radio Amatur Brunei Darussalam (BDARA) telah menyumbangkan tenaga dalam memberi bantuan perhubungan bagi acara Brunei Run 2022 sempena Hari Jantung Sedunia pada 2 Oktober lalu.

    Antara tugas ahli-ahli persekutuan semasa acara yang diadakan di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, di ibu negara itu, adalah memastikan peserta larian mengikut trek yang disediakan dan membantu jika berlaku kecederaan dan menghubungi ambulans.

    Turut serta membantu ialah Yang Dipertua BDARA, Mejar (B) Haji Tamat bin Haji Lampoh.

    Menurut BDARA, persekutuan berkenaan sering menghulurkan bantuan semasa acara larian yang diungkayahkan oleh Kementerian Kesihatan.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar bergambar ramai bersama sebahagian ahli BDARA yang turut memberi bantuan semasa Brunei Run 2022 bersempena Hari Jantung Sedunia, baru-baru ini. – Gambar serahan BDARA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda