Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    BDMD perjelas isu suhu tinggi tular

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Jabatan Kajicuaca Brunei Darussalam (BDMD) ingin menjelaskan mengenai imej tular di media sosial pada 4 April yang lalu yang menunjukkan suhu yang tinggi di rantau Asia Tenggara. 

    Suhu tinggi yang dipaparkan dalam imej berkenaan adalah suhu ‘yang dirasakan’ iaitu pengabungan suhu udara dengan kelembapan bagi kawasan berkenaan. 

    Suhu ‘yang dirasakan’ adalah berbeza daripada suhu udara yang direkodkan di mana, suhu udara diukur dengan alat penyukat suhu mengikut tatacara piawaian antarabangsa. 

    BDMD dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, pihaknya telah menyediakan catatan suhu maksimum harian dan juga  suhu ‘yang dirasakan’ bagi beberapa kawasan di Negara Brunei Darussalam dengan menggunakan infografik-infografik untuk makluman dan rujukan orang ramai yang dikongsikan melalui media sosial BDMD. 

    Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk tidak berasa resah dan terus mengikuti maklumat cuaca rasmi yang dikeluarkan oleh jabatan berkenaan melalui aplikasi bimbit, BruneiWX dan media-media sosial BDMD iaitu  laman Facebook @bruneiweather, Instagram @brunei.weather dan saluran Telegram Brunei  Weather.

    Selain itu, maklumat cuaca terkini juga boleh diperolehi dengan menghubungi peramal cuaca yang bertugas di Pusat Ramalan Cuaca, melalui Talian Cuaca 114, atau melayari laman sesawang www.met.gov.bn. 

    BDMD juga ingin menasihatkan kepada orang ramai supaya tidak mudah  terpedaya dengan maklumat yang disebarkan melalui mana-mana aplikasi media sosial tanpa  memastikan kesahihan maklumat yang disebarkan terlebih dahulu.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...