Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pegawai tertinggi Syria berdepan tuduhan jenayah perang

    STOCKHOLM, 15 APRIL – Pegawai tertinggi tentera Syria yang akan dibicarakan di Eropah hari ini hadir di hadapan mahkamah Stockholm yang dituduh melakukan jenayah perang semasa perang saudara di Syria.

    Bekas Brigedier Jeneral Mohammed Hamo, 65, yang tinggal di Sweden, dituduh ‘membantu dan bersubahat’ melakukan jenayah perang dan boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

    Perang antara rejim Presiden Bashar al-Assad dan kumpulan pembangkang bersenjata, termasuk Islamic State (IS), berlaku selepas kerajaan menumpas protes pro-demokrasi secara aman pada 2011.

    Ia telah membunuh lebih daripada setengah juta orang, manakala berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal, selain merosakkan ekonomi dan infrastruktur Syria.

    Hamo, mendengar dengan teliti dan mengambil nota ketika pendakwa raya, Karolina Wieslander, membacakan pertuduhan.

    Gambar menunjukkan Mahkamah Daerah Stockholm semasa perbicaraan utama terhadap Mohammed Hamo, yang dituduh membantu dan bersubahat dalam jenayah perang di Syria pada 2012, bermula pada 15 April. – AFP

    Wieslander berkata Hamo telah menyumbang melalui ‘nasihat dan tindakan’ kepada peperangan tentera Syria, ‘secara sistematik termasuk serangan yang melanggar
    prinsip ‘diskriminasi, waspada dan keseimbangan.’

    “Peperangan dengan itu telah berlaku secara sembarangan,” kata Wieslander kepada mahkamah.

    Pertuduhan itu berlaku dari tempoh 1 Januari hingga 20 Julai 2012.

    Sementara itu, perbicaraan pula dijangka berlangsung sehingga akhir Mei ini. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...