Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    BDSFSL 2024 bermula

    Oleh Sim Y.H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Pasukan Sekolah Menengah Berakas telah menewaskan Pasukan Sekolah Menengah Sultan Muhammad Jamalul Alam (SM SMJA) dengan jaringan 3-0 dalam perlawanan pertama Kejohanan Liga Bola Sepak Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (BDSFSL) 2024 semasa majlis pelancaran kejohanan yang berlangsung di Padang FABD, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi merasmikan kejohanan tersebut ialah Pengarah Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan, Awang Julaihi bin Mohamad@Mohamat.

    Kejohanan anjuran Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Jasmani dan Rekreasi, Jabatan Pendidikan Kokurikulum dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Bolasepak Brunei Darussalam (FABD) itu diadakan bagi para pelajar dari sekolah-sekolah menengah, maktab dan pusat tingkatan enam kerajaan dan swasta di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Kejohanan yang diadakan pada setiap Isnin dan Rabu bermula hari ini hingga 5 Jun di Padang FABD dan Padang Kompleks Sukan Tutong itu melibatkan seramai 160 orang pelajar dari lapan buah sekolah iaitu juara-juara kumpulan di peringkat kelayakan pada 2023.

    Kejohanan itu diadakan untuk mengenal pasti pelajar-pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam sukan bola sepak bagi mewakili Pasukan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah-sekolah Brunei Darussalam (MS SSBD) ke kejohanan-kejohanan di peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa.

    Selain itu, ia bertujuan untuk meningkatkan dan mengukuhkan rangkaian kerjasama antara institusi-institusi pendidikan dan agensi-agensi berkaitan dalam usaha menerapkan pendidikan melalui sukan bola sepak serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan dalam memastikan kehidupan yang sihat dan menggalakkan kesejahteraan untuk semua peringkat umur.

    Awang Julaihi bergambar ramai bersama para peserta di Padang FABD kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JABATAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...