Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Beg plastik diharamkan bagi lindungi gajah

    COLOMBO, 14 FEB – Sri Lanka akan mengharamkan penggunaan plastik sekali guna, menurut kenyataan kerajaan hari ini.

    Langkah tersebut dibuat susulan siri kematian gajah dan rusa liar akibat keracunan plastik.

    Jurucakap kabinet dan menteri media, Bandula Gunawardana berkata pembuatan atau penjualan kultleri plastik, penggoncang koktail dan plastik tiruan akan diharamkan bermula Jun.

    Langkah tersebut merupakan saranan daripada panel yang dilantik 18 bulan lalu bagi mengkaji kesan sisa plastik terhadap alam sekitar dan hidupan liar.

    Beg plastik tidak terbiodegradasi telah dilarang pada 2017 disebabkan oleh kebimbangan mengenai banjir kilat.

    Pengimportan kutleri plastik, pembungkus makanan dan mainan dilarang dua tahun lalu selepas kematian gajah dan rusa di bahagian timur laut negara itu yang mencari makanan di kawasan sampah terbuka.

    Autopsi menunjukkan haiwan-haiwan tersebut mati selepas memakan plastik yang bercampur dengan sisa makanan.

    Tetapi pengilang tempatan dan penjualan produk plastik masih berterusan.

    Pihak berkuasa tertinggi Sri Lanka bagi gajah-gajah Asia, Jayantha Jayewardene, mengalu-alukan keputusan tersebut untuk menghentikan penggunaan plastik, tetapi memberitahu AFP bahawa larangan itu dilaratkan ke atas beg plastik yang boleh dibiodegradasi.

    “Beg-beg tersebut kini termasuk ke dalam rantaian makanan gajah dan haiwan liar dan ia bukan perkara yang baik,” katanya.

    Gajah dianggap sebagai haiwan suci dan dilindungi oleh undang-undang di Sri Lanka, namun kira-kira 400 ekor gajah mati setiap tahun akibat konflik manusia dengan gajah berhampiran hutan simpan hidupan liar. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...