Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Beijing anjur Persidangan Pendidikan Digital Sedunia

    BEIJING, 13 FEB – Persidangan Pendidikan Digital Sedunia membuka tirainya di Beijing hari ini yang menghimpunkan duta asing dan wakil pertubuhan antarabangsa dari hampir 50 negara serta canselor institusi pengajian tinggi (IPT) berprestij.

    Bertemakan ‘Digital Transformation and Future of Education’, acara yang diadakan secara hibrid itu berlangsung selama dua hari dan menarik penyertaan wakil daripada lebih 130 negara serta wilayah.

    Difahamkan, acara berkenaan akan memfokuskan kepada topik seperti transformasi pendidikan digital, pembangunan dan pengaplikasian sumber pembelajaran digital, peningkatan literasi digital guru dan pelajar serta tadbir urus digital pendidikan.

    Selain itu, inisiatif penubuhan perikatan pendidikan digital dunia dan inisiatif kerjasama pembangunan pendidikan digital dunia akan dilancarkan pada persidangan berkenaan.

    Untuk rekod, platform ‘Smart Education of China’ yang dikendalikan Kementerian Pendidikan dapat diakses pengguna dari lebih 200 negara dan wilayah. Setakat 10 Februari, platform pendidikan pintar itu dilayari sebanyak 6.7 bilion kali membabitkan satu bilion pelawat.

    Sejak dilancar pada 28 Mac 2022, platform itu menghimpunkan sumber peringkat sekolah rendah dan menengah, pendidikan vokasional dan pendidikan IPT. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...