Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Rihanna mengandung lagi

    Belum cukup setahun menyambut kelahiran anak pertama, penyanyi Rihanna dilaporkan kini hamil lagi.

    Perkara tersebut disahkan oleh wakil penyanyi itu kepada Hollywood Reporter selepas penampilan Rihanna di acara Super Bowl pada Isnin mencuri tumpuan ramai.

    Menyampaikan lagu-lagu hit seperti We Found Love, Where Have You Been dan Diamonds, Rihanna juga dilihat seakan-akan sengaja memaklumkan tentang berita kehamilan tersebut dengan menonjolkan bahagian perutnya.

    Pada Mei tahun lalu, Rihanna dan pasangannya iaitu penyanyi A$AP Rocky mengumumkan mereka menyambut kelahiran anak damit lelaki pertama.

    Bercakap tentang persembahannya di acara besar itu, Rihanna berkata pada awalnya dia meragui peluang tampil di atas pentas kerana dia menerima tawaran tersebut selepas tiga bulan bersalin sebelum ini.

    Sebagai seorang penyanyi yang sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Rihanna juga mengakui agak sukar untuk membuat pilihan lagu bagi tempoh 13 minit persembahan berkenaan.

    “Super Bowl adalah satu pentas besar. Bagi saya sesuatu yang penting apabila anak saya melihat persembahan ini nanti.

    “Memilih senarai lagi adalah cabaran terbesar. Sukar untuk buat keputusan memaksimumkan tempoh 13 minit yang diberi,” jelasnya. – Agensi

    Perut Rihanna jelas kelihatan ketika tampil membuat persembahan di acara Super Bowl. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...