Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekalan darah di tahap rendah, penderma diperlukan

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Okt – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan tabung-tabung darah di seluruh negara pada masa ini berada di tahap yang rendah.

    Kementerian Kesihatan menyatakan, penderma darah kumpulan A, B dan AB adalah diperlukan dengan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di kesemua hospital di negara ini.

    Sehubungan itu, kementerian tersebut menyeru orang ramai tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di negara ini dengan menderma darah.

    Orang ramai yang ingin menderma darah boleh berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah atau tabung-tabung darah berkenaan bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja.

    Di samping itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah pada 31 Oktober di Pusat Membeli-belah Onecity, Kampung Salambigar bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang, pada 1 November di Dewan Gimnasium, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Jalan Pasar Gadong bermula pukul 9 pagi hingga 3 petang dan 4 November di Borneo Kopitiam Restaurant & Catering, Tingkat 1, Blok C, Kompleks Abdul Razak, Gadong bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Orang ramai dialu-alukan untuk tampil ke hadapan bagi menjayakan dan menderma darah dalam sama-sama membantu mengekalkan bekalan stok darah di negara ini.

    Para penderma darah yang berminat digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Orang ramai diseru untuk menderma darah dalam sama-sama membantu menambah bekalan darah di negara ini. – GAMBAR FAIL MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...