Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bekalan darah negara pada tahap rendah

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan Tabung-tabung Darah di seluruh negara berada pada tahap yang rendah ketika ini.

    Penderma darah kumpulan A,B, AB dan O adalah sangat diperlukan dengan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di kesemua hospital di negara ini.

    Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai tampil ke hadapan bagi sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah di Negara Brunei Darussalam dengan menderma darah.

    Dalam hubungan itu, orang ramai yang ingin untuk menderma darah, mereka boleh berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah atau Tabung-Tabung Darah berdekatan bermula pukul 8:00 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Di samping itu, Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan penyertaan kepada orang ramai pada 22 Januari dan 23 Januari di Onecity Shopping Centre sempena Jubli Perak Penubuhan SETIA Protective Security Services (SPSS) Sdn Bhd bermula pukul 10 pagi hingga pukul 12:00 tengah hari dan pukul 1:00 petang hingga pukul 3:00 petang, 24 Januari di Tingkat 1, Bangunan Utama The CORE Residential College, Universiti Brunei Darussalam bermula pukul 9:00 pagi hingga pukul 12:00 tengah hari dan pukul 1:00 petang hingga pukul 3:00 petang, 25 Januari di SCR Xpress Citis Square, Berakas anjuran Petar Perunding Sdn Bhd bermyla pukul 9:30 pagi hingga pukul 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga pukul 3:00 petang serta 27 Januari di Pesta Pengguna 2024, Dewan Delima, Pusat Persidangan Antarabangsa Berakas bermula pukul 10:00 pagi hingga pukul 3:00 petang. 

    Para penderma darah yang berminat adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah berkenaan.

    Gambar fail Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...