Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekalan darah negara masih ditahap rendah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 DIS – Kementerian Kesihatan memaklumkan orang ramai bahawa bekalan darah di Pusat Pendermaan Darah dan Tabung-Tabung Darah di seluruh Negara masih di tahap yang rendah.

    Sehubungan itu, penderma darah kumpulan A, B dan AB adalah diperlukan dengan segera bagi menampung keperluan pemindahan darah di kesemua hospital di Negara ini.

    Manakala orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus ke Pusat  Pendermaan Darah atau Tabung-Tabung Darah berdekatan, bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja.

    Dalam usaha menambah bekalan stok darah, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal akan mengadakan kempen-kempen derma darah dan kempen berkenaan dibukakan bagi penyertaan orang ramai.

    Pusat berkenaan akan mengadakan kempen pada 5 Disember 2023 dari pukul 10 pagi hingga 2 petang di Tingkat 1, Onecity Shopping Centre anjuran Network Integrity Assurance Technologies (NiAT) Sdn Bhd manakala pada 7 Disember 2023, kempen yang diadakan di Dewan Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait juga akan mengadakan kempen derma darah di Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belaipada 7 Disember 2023 dari pukul 9 pagi hingga 2 petang.

    Bagi melancarkan kempen berkenaan, tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...