Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Bekas anggota polis antara 8 dikehendaki dalam kes dadah terbesar di Sabah

    KUALA LUMPUR, 23 JAN – Seorang bekas anggota polis adalah antara lapan suspek yang sedang diburu kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.

    Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka terdiri daripada tiga rakyat tempatan, empat warga Filipina dan seorang wanita warga Indonesia, berumur dalam lingkungan 30an hingga 40an.

    Beliau berkata mereka terdiri daripada bekas anggota polis yang bersara awal dikenali sebagai Haibil Kiraman, Sahairul Sabudin (dikenali sebagai Bantayan), Absar Musa (Absar), Hasan Syamsuddin (Nas Botak), Joel Edwin (Dedek), Muhammad Sing Harun Musa (Thambi), Rohani Mohd Yunus (Karisa) dan Manan Ungok (Mike).

    “Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai mereka diminta berhubung dengan pegawai polis iaitu ASP Mohammad Izzat Hassan dengan menelefon 019-6667535,” katanya.

    Beliau berkata demikian dalam persidangan media khas di Bukit Aman di sini, hari ini.

    Datuk Seri Ayob Khan menunjukkan gambar suspek yang diburu kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah ketika mengadakan sidang media khas kelmarin. – Bernama

    Ayob Khan berkata lokasi terakhir Haibil, Bantayan, Karisa, Dedek, Nas Botak dan Mike dikesan adalah di Tawau, manakala Absar di Kota Kinabalu dan Thambi di Papar, Sabah.

    “Mana-mana pegawai atau anggota polis atau lain-lain penjawat awam yang terlibat dalam sindiket ini, kami akan cari dan tangkap dan cukup bukti kita akan tuduh di mahkamah. Tiada tolak ansur,” katanya. Sementara itu, Ayob Khan berkata tiga tertuduh yang terlibat sindiket berkenaan sedang menjalani hukuman di Sabah.

    “Dua lelaki tempatan masing-masing berusia 29 tahun ditahan, dengan seorang daripadanya ditahan di pusat pemulihan akhlak, manakala seorang lagi menjalani hukuman penjara di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, bersama seorang wanita berumur 28 tahun.

    “Ketiga-tiga OKT berkenaan akan dituduh di mahkamah pada 1 Mac kerana mereka merupakan anggota sindiket berkenaan yang berperanan sebagai penghantar,” katanya.

    Berikutan itu, polis juga membekukan 42 akaun sindiket berkenaan bagi tempoh 27 Disember tahun lepas sehingga 19 Januari lepas berjumlah RM1.86 juta dan turut membekukan lapan lagi akaun bernilai RM543,378.

    “Antara harta yang dibeku adalah 10 jentera bernilai hampir RM1 juta dan 11 bidang tanah yang kesemuanya bernilai RM2.81 juta,” katanya.

    Selain itu, 20 kenderaan pelbagai jenis dianggar bernilai RM6.7 juta disita, di samping barangan kemas bernilai RM100,000 dan wang tunai RM35,041.

    Media sebelum ini melaporkan lebih RM7 juta aset milik satu sindiket dadah di Sabah yang didakwa diketuai seorang penaung badan bukan kerajaan yang bergelar Datuk, telah dirampas. 

    Semalam, seorang ahli perniagaan bersama 10 lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang ‘Geng Upik’ antara 2015 hingga 2023 berkaitan kes dadah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...