Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    3 pelanggan Tyremart menang hadiah

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Law Tiong Kian telah diumumkan sebagai pemenang utama kempen Jet Set to Your Dream Holiday with Michelin anjuran Tyremart sekali gus memenangi pakej percutian bernilai $1,388.

    Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Tyremart cawangan Gadong, Law Tiong Kian yang berada di luar negara telah diwakili oleh anak saudara beliau, Josephine Lim dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Perancis ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Bernard Regnalud-Fabre.

    “Memenangi hadiah utama sebagai permulaan tahun baharu ini telah membawa tuah dan akan menggunakan hadiah percutian ini dengan sebaiknya,” jelasnya.

    Beliau telah menggunakan tayar Michelin setelah mendapat saranan daripada rakannya dan berpuas hati menggunakan jenama tayar berkenaan.

    Manakala itu, pemenang kedua, Hajah Noorhadizah bin Haji Sulaiman membawa pulang telefon pintar Google Pixel 7a.

    Gambar ramai pemenang bersama tetamu kehormat TYT Bernard Regnalud-Fabre. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Beliau berkata, keputusan untuk memilih salah satu hadiah dari empat hadiah yang ditawarkan adalah sukar.

    Memilih hadiah Google Pixel 7a dibuat setelah mendapat saranan daripada anak perempuannya, jelasnya.

    Sementara itu, di tempat ketiga, Stan Sim membawa pulang Samsonite 21-in Cabin dan 28-in Luggage Set.

    Menurutnya, beliau telah lama menggunakan jenama tayar Michelin.

    Beliau yang pada awalnya tidak mengambil endah mengisi tiket cabutan bertuah itu, hanya mengisinya setelah diminta kakitangan cawangan Tyremart. Beliau berasa gembira kerana tuah menyebelahinya walaupun hanya menjadi pemenang tempat ketiga.

    Pengurus Besar Tyremart, Tiew SC menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada TYT Bernard Regnalud-Fabre kerana menjadi tetamu khas dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

    Para pemenang berkenaan antara pelanggan yang telah membeli tayar Michelin semasa tempoh promosi kempen pada Ogos 2023 dan kempen berkenaan telah menerima lebih 400 tiket.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...