BEIJING, 5 Feb – Bekas All-Star NBA, Stephon Marbury berkata bahawa dia bekerja untuk program bola keranjang kebangsaan China setelah dia mengesahkan bahawa akan bersara minggu depan selepas kerjaya bermain selama 22 tahun.
Marbury dijangka menggantungkan kasutnya selepas musim ini, yang berakhir pada 11 Februari, dan pemain berusia 40 tahun itu mengesahkannya dalam siri kenyataan di media sosial hari ini, di mana dia juga menyatakan rasa kasihnya kepada negara keduanya, China.
Marbury merupakan antara pemain yang paling popular dalam Persatuan Bola Keranjang China (CBA) selepas menjadi bekas bintang NBA pertama untuk berhijrah ke China, di mana dia mencapai kejayaan sejak 2010.
Dia memenangi tiga gelaran liga bersama Beijing Ducks sebelum berpindah musim ini ke Beijing Fly Dragons.
Marbury membuat kenyataan di Weibo bahawa perlawanan penutup Fly Dragons pada 11 Februari akan menjadi ‘tangisan terakhirnya’, dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong di sana dan para pemain pasukan.
“Saya mahu bekerjasama dengan pasukan kebangsaan jika ditanya. Saya fikir saya boleh membantu bagi perkembangan sukan.
“China adalah tempat tinggal dan kehidupan saya,” kata Marbury.
“Saya akan berada di sini selamanya, saya mempunyai masa untuk membantu belia.
“Saya mahu menambah yayasan bola keranjang China. Saya memahami mengenai etnik kerja dan budaya kerana saya sebahagian daripadanya.”
Pemain itu memulakan kerjayanya dalam NBA bersama Minnesota Timberwolves pada tahun 1996 dan kemudian menjadi dua kali All-Star, pertama bersama New Jersey Nets dan kemudian Phoenix Suns, sebelum menyertai pasukan di kampung halamannya, New Yorkd Knicks 2004 hingg 2009.
Di China, Marbury telah bermain dengan Shanxi dan Foshan sebelum berpindah ke Beijing Ducks, yang menerajui pasukan ini bagi mahkota CBA pada tahun 2012, 2014 dan 2015. – AFP