Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bekas bintang Red Devils sertai Melbourne Victory

    SYDNEY, 12 JULAI – Bekas pemain sayap Portugal dan Manchester United, Luis Nani telah menandatangani kontrak bersama kelab Australia, Melbourne Victory dalam salah satu pembelian terbesar Liga A sejak beberapa tahun.

    Pemain berusia 35 tahun itu bersetuju dengan perjanjian selama dua tahun dari kelab Itali, Venezia, selepas berkhidmat di Amerika Syarikat, Sepanyol dan Turki sejak meninggalkan United pada 2015.

    “Kami berbangga kerana dapat merekrut pemain seperti Nani dan kami percaya dia akan menjadi aset yang luar biasa bagi Melbourne Victory dan keseluruhan Liga A,” kata ketua jurulatih, Tony Popovic dalam satu kenyataan.

    “Dia telah mencatatkan karier yang sangat berjaya di peringkat kelab dan antarabangsa dan kami percaya kualiti serta pengalamannya akan menjadi kunci dalam mencapai cita-cita kami pada musim ini.”

    Nani, yang membuat penampilan sebanyak 112 kali untuk Portugal dan memenangi Liga Perdana empat kali bersama Manchester United selepas menyertai kelab Old Trafford pada 2007, boleh dikatakan sebagai nama terbesar untuk bermain di pentas bola sepak kelab Australia sejak Alessandro Del Piero pada 2012.

    “Saya teruja untuk datang ke Liga A dengan Melbourne Victory dan saya tidak sabar untuk menghadapi cabaran seterusnya,” kata Nani, yang merupakan sebahagian daripada pasukan Portugal yang memenangi Euro 2016.

    Melbourne Victory akan menentang Manchester United dalam perlawanan persahabatan pada Jumaat nanti, sebagai sebahagian daripada jelajah pramusim kelab Inggeris itu di Asia dan Australia. Setakat ini, persediaan Nani untuk menentang bekas pasukannya masih belum diketahui. – AFP

    Nani telah menandatangani perjanjian dua musim bersama Melbourne Victory dalam Liga A Australia kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...