Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas juara gulung tikar

    MONTREAL, 6 OGOS – Jo-Wilfried Tsonga dan Lucas Pouille mengetuai kegagalan pemain Perancis pada pusingan pembukaan Masters Montreal, awal pagi tadi.

    Tsonga, juara 2014 di Toronto, kalah teruk 2-6, 2-6 di tangan pemain Jerman, Jan-Lennard Struff manakala Pouille, dengan jurulatih Amelie Mauresmo melihat dari bangku penonton, kecundang 4-6, 4-6 kepada pemain Kanada, Milos Raonic.

    Tsonga yang menduduki ranking ke-60 dunia menegaskan dia kini fokus untuk melayakkan diri ke Terbuka AS menerusi kejohanan kelayakan di Cincinnati hujung minggu ini.

    Pouille, yang layak ke separuh akhir Terbuka Australia, agak tergamam apabila dibelasah Raonic, kekalahan keempat daripada lima pertemuan dengan pemain tinggi lampai Kanada itu.

    “Tiada apa yang boleh diperkatakan mengenai permainan saya – ia langsung tidak menjadi hari ini,” kata Pouille. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda