Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas kakitangan DBP raikan Hari Raya bersama

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 MEI – Mantan pegawai dan kakitangan Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang berkhidmat dari tahun 1967 hingga tahun 2004, telah mengadakan perjumpaan semula semalam bagi merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebuah restoran di Kampung Kilanas.

    Sambutan yang dikenali sebagai ‘Keluarga Perpustakaan Berhari Raya’ itu dihadiri oleh bekas pegawai perpustakaan dan kakitangan yang menjadi peneraju dan jentera bahagian yang sama-sama menyumbang kepada perkembangan dan peranan Perpustakaan DBP.

    Mantan Pegawai Perpustakaan selaku pengerusi majlis, Haji Abu Bakar bin Haji Zainal, menzahirkan rasa terharu atas kehadiran bekas-bekas pegawai dan kakitangan bagi sama-sama bersua kembali dalam suasana kemeriahan Hari Raya.

    “Pertemuan yang amat bermakna ini merupakan bukti kesefahaman dan rasa perpaduan yang erat memandangkan keseluruhan yang hadir di sini kebanyakannya sudah bersara dan berpindah ke jabatan-jabatan yang lain,” katanya.

    “Majlis ini juga membuka peluang kepada semua untuk menzahirkan ucapan selamat Hari Raya di samping mengeratkan lagi hubungan mesra dan harmoni dalam kalangan kita sebagai keluarga perpustakaan,” tambahnya.

    Selain daripada nyanyian lagu raya secara beramai-ramai, para hadirin juga berpeluang untuk bersama-sama dalam pelbagai aktiviti yang diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dalam kalangan keluarga perpustakaan.

    Mantan pegawai serta kakitangan DBP yang berkhidmat dari tahun 1967 hingga 2004 bergambar ramai pada majlis tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda