Monday, April 28, 2025
28.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas ketua Parti Pembangkang Korea S dinamakan sebagai calon presiden

    GOYANG, 27 APRIL – Parti pembangkang utama Korea Selatan hari ini, menamakan bekas pemimpin mereka, Lee Jae-myung, sebagai calon pilihan raya presiden untuk pilihan raya bulan Jun ini selepas pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol berikutan pengisytiharan undang-undang tentera.

    Lee, yang memenangi pencalonan dengan peratusan undian luar biasa sebanyak 89.7 peratus, akan mewakili Parti Demokratik menentang calon dari Parti Kuasa Rakyat (PPP) yang konservatif, yang dipimpin oleh Yoon.

    Pilihan raya tergempar pada 3 Jun ini dipanggil selepas Yoon dilucutkan kuasanya kerana cuba menguatkuasakan pemerintahan tentera ke atas negara demokrasi itu pada bulan Disember, yang menyaksikan tentera bersenjata dikerah ke parlimen.

    Dekri undang-undang tentera Yoon hanya bertahan sekitar enam jam dan dengan cepat dibatalkan oleh anggota parlimen yang menentang arahan itu, memanjat pagar parlimen untuk mengundi penolaknya.

    “Rakyat telah mempercayakan saya dengan misi untuk merampas kembali kuasa dengan kemenangan besar, untuk mengakhiri era pemberontakan dan kemunduran,” kata Lee dalam konvensyen parti di Goyang, barat laut ibu kota Seoul. – AFP

    Lee Jae-myung, di Goyang, Korea Selatan, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda