Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas ketua polis didakwa hasut pemberontakan

    COTONOU, 15 NOV – Bekas Ketua Polis Benin, Jeneral Louis Philippe Houndegnon telah ditahan sementara menunggu perbicaraan atas dakwaan ‘menghasut pemberontakan’, menurut sumber kehakiman yang memaklumkan AFP hari ini.

    Penahanan Houndegnon berlaku kurang dua bulan selepas beberapa tokoh kerajaan terkemuka ditahan dan didakwa merancang untuk melakukan rampasan kuasa.

    Houndegnon, yang berpengaruh semasa pentadbiran bekas Presiden Thomas Boni Yayi, telah dipecat pada tahun 2016 oleh penggantinya, Presiden Patrice Talon.

    Dua sumber yang rapat dengan bekas ketua polis itu memberitahu AFP bahawa Houndegnon berada dalam keadaan tenang dan baik sementara menunggu perbicaraan yang dijadualkan pada 16 Disember.

    Ketegangan politik semakin memuncak di Benin, sebuah negara kecil di Afrika Barat dengan 11 juta penduduk, dan tanda perpecahan dalam kem pemerintah Talon. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda