Wednesday, May 8, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tiga negara Afrika lancar vaksin malaria

    LAGOS, 26 APRIL – Tiga buah lagi negara Afrika telah menyertai pelancaran vaksin malaria yang menyasarkan berjuta-juta kanak-kanak di benua yang menyumbang 95 peratus kematian malaria, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kelmarin.

    Afrika menyumbang kira-kira 94 peratus daripada kes malaria global, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kebanyakan kematian adalah kanak-kanak.

    Benin, Liberia dan Sierra Leone menyertai negara Afrika lain yang menawarkan vaksin malaria sebagai sebahagian daripada program imunisasi zaman kanak-kanak mereka, kata kenyataan WHO dan UNICEF.

    Sejak 2019, lebih dua juta kanak-kanak telah divaksinasi di Ghana, Kenya dan Malawi, membawa kepada pengurangan ketara dalam penyakit malaria yang teruk dan kemasukan ke hospital.

    “Dengan vaksin malaria yang baharu, selamat dan mujarab, kami kini mempunyai alat tambahan untuk melawan penyakit ini,” kata Menteri Kesihatan Sierra Leone, Austin Demby.

    “Dengan kombinasi bersama kelambu yang dirawat dengan racun serangga, diagnosis dan rawatan yang berkesan, serta penyemburan dalaman, tiada kanak-kanak akan mati akibat jangkitan malaria.”

    Benin menerima 215,900 dos manakala Liberia menjangkakan 45,000 kanak-kanak mendapat manfaat daripada 112,000 dos awal vaksin malaria.

    Sierra Leone akan bermula dengan 550,000 dos sebelum menghantar vaksin ke kemudahan kesihatan di seluruh negara.

    Dua vaksin iaitu RTS dan R21 telah disyorkan oleh WHO kerana dilihat sebagai satu kejayaan untuk kesihatan kanak-kanak dan kawalan malaria. – AFP

    Seorang jururawat memberikan suntikan kepada pesakit malaria di wad di Pusat Perubatan Nightingale, di Kisumu, Kenya pada 16 April. PBB berkata tiga buah lagi negara Afrika telah menyertai pelancaran vaksin malaria yang menyasarkan berjuta-juta kanak-kanak di benua yang menyumbang 95 peratus kematian malaria. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...