Saturday, November 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas kurator muzium didakwa curi ratusan artifak

    LONDON, 27 MAC – Muzium British kelmarin telah menghadapkan satu kes ke mahkamah terhadap seorang bekas kurator yang didakwa telah mencuri ratusan artifak daripada koleksinya dan menawarkannya untuk dijual dalam talian.

    Muzium itu menyaman Peter Higgs, yang telah dipecat pada Julai 2023 selepas lebih 1,800 barang didapati hilang. Peguam untuk muzium itu berkata Higgs ‘menyalahgunakan tanggungjawabnya’ untuk mencuri permata purba, barang kemas emas dan barang-barang lain dari bilik stor selama sedekad.

    Hakim Mahkamah Tinggi, Heather Williams mengarahkan Higgs menyenaraikan atau memulangkan apa-apa barang dalam simpanannya dalam tempoh empat minggu. Dia juga mengarahkan pendedahan rekod eBay dan PayPal miliknya.

    Muzium itu berkata ia telah berjaya mendapatkan semula 356 item yang hilang setakat ini, dan berharap untuk mendapatkan balik lebih banyak lagi.

    “Barang-barang yang telah dicuri dari muzium adalah kepentingan budaya dan sejarah,” kata peguam muzium, Daniel Burgess dalam hujah undang-undang bertulis. – AP

    Para pelawat berjalan di luar Muzium British di Bloomsbury, London. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda