Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Cullinan dilantik pengarah baharu Muzium British

    LONDON, 28 MAC – Muzium British hari ini berkata ia telah melantik Nicholas Cullinan sebagai pengarah baharunya, bagi menggantikan Hartwig Fischer, yang meletak jawatan selepas beberapa kejadian kecurian di sana.

    Cullinan, 46, berpindah ke muzium itu dalam beberapa bulan akan datang dari Galeri Potret Negara, tempat dia menjadi pengarah sejak April 2015.

    Beliau yang merupakan ahli sejarah seni, yang sebelum ini menjadi kurator di Muzium Seni Metropolitan di New York dan Tate Modern London menyifatkan pelantikan tersebut sebagai ‘satu penghormatan’ untuk memimpin ‘salah sebuah muzium terbesar di dunia’.

    Fischer meletak jawatan pada Ogos tahun lalu, sejurus selepas didedahkan bahawa ribuan artifak daripada koleksinya didapati ‘hilang, dicuri atau rosak’.

    Muzium itu, sedang dalam proses pembangunan semula, telah dikendalikan buat sementara waktu oleh pengarah sementara, Mark Jones.

    Pengerusi Muzium, George Osborne berkata Cullinan dipilih kerana beliau telah menunjukkan ‘kepimpinan yang cemerlang’ dan menyelia pengubahsuaian Galeri Potret Negara yang mendapat sambutan baik baru-baru ini.

    Muzium British diasaskan pada tahun 1753 dan merupakan salah satu yang paling terkenal di dunia, dengan koleksi kira-kira lapan juta objek.

    Namun, seperti kebanyakan muzium Barat, ia menghadapi tekanan dalam beberapa tahun kebelakangan ini untuk mengatasi gesaan untuk mengembalikan objek-objek yang diperoleh semasa zaman Empayar British, terutamanya Paternon atau Marmar Elgin. – AFP

    Catherine, Duchess of Cambridge (kanan), bersama Cullinan (L) melawat pameran ‘Vogue 100: A Century of Style’ di Galeri Potret Nasional di tengah London. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...