Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Bekas menteri penerangan Myanmar ditahan

    BANGKOK, 29 OKT – Bekas menteri penerangan Myanmar telah ditangkap dan didakwa kerana menggalakkan perbezaan pendapat terhadap tentera, kata junta hari ini, yang terbaharu dalam siri tangkapan berprofil tinggi.

    Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, tentera yang menghadapi tentangan bersenjata sejak merampas kuasa pada 2021, telah menahan beberapa pegawai perdagangan dan perniagaan ketika konflik awam melanda ekonomi Myanmar yang sudah bergelut.

    Ye Htut merupakan menteri penerangan dan jurucakap presiden di bawah kerajaan tentera Thein Sein, yang menyerahkan kuasa kepada Aung San Suu Kyi berikutan pilihan raya penting pada 2015.

    Dalam satu kenyataan, pasukan pene-rangan junta berkata lelaki berusia 64 tahun itu telah ditahan petang kelmarin berhubung ‘menyebarkan maklumat salah di media sosial’.

    “U Ye Htut telah ditangkap malam tadi dan didakwa mengikut seksyen 505 (a),” kata sumber keselamatan kepada AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan dan tanpa memberikan butiran lanjut.

    Seksyen 505 mengharamkan sebarang tindakan yang dianggap menjejaskan tentera.

    Undang-undang tersebut membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun.

    Penahanannya dibuat seminggu selepas saluran Telegram pro-junta menuduhnya mendedahkan alamat seorang pegawai tentera yang telah bersara di media sosial. – AFP

    Ye Htut, Menteri Penerangan Myanmar ketika itu bercakap dengan media selepas mesyuarat di pejabat presiden di Naypyidaw pada 31 Oktober 2014. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...