Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Lebih 20 peniaga sertai jualan car boot

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Lebih 20 peniaga dari Kampung Mata-Mata dan sekitarnya menyertai acara jualan Mata-Mata Street Car Boot Sale yang diadakan di Letak Kereta Simpang 52-55, Bangunan PA Rafeah, Kampung Mata-Mata, Gadong, hari ini.

    Hadir merasmikan acara anjuran Kumplan Syarikat HiTune di bawah kelolaan HiTune Universal Services itu ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Chong Chin Yee selaku tetamu kehormat majlis.

    Turut hadir ialah Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat HiTune, Pengiran Zamri bin Pengiran Haji Bujang selaku penasihat majlis bersama; Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat HiTune, Dayang Hernah Nur Imani binti Mohd Jeffrey selaku penolong penasihat majlis; Pemangku Penghulu Mukim Gadong B, Haji Adnan bin Haji Bagol, Pemangku Ketua Kampung Mata-Mata dan ahli majlis perundingan kampung (MPK) berserta para Muslimah Kampung Mata-Mata.

    Pemangku Pengurus Am, Kumpulan Syarikat HiTune, Jasiswandy bin Jasni dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis menjelaskan bahawa acara berkenaan diadakan sebagai platform bagi mereka yang berminat dan mahu pun mereka yang baru mencuba-cuba bergiat dalam perniagaan jualan car boot untuk mempraktikkan asas perniagaan.

    Di samping itu, mereka dapat menjalinkan hubungan dengan rakan-rakan perniagaan dan bertukar-tukar pendapat sesama mereka.

    Acara jualan berkenaan dihasratkan dilaratkan dari minggu ke minggu dan di tempat-tempat lain kampung berkenaan.

    Yang Berhormat Chong Chin Yee semasa merasmikan acara jualan di Letak Kereta Simpang 52-55, Bangunan PA Rafeah, Kampung Mata-Mata, Gadong kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...