Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    Bekas penjawat awam didakwa kemuka tuntutan palsu lebih RM300,000

    LABUAN, 14 JUN – Bekas penjawat awam berusia 38 tahun memohon dibicarakan di Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas kesalahan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RMRM335,933 antara Januari 2015 hingga Januari 2016.

    Fairuzul Fazillah Musa, yang berasal dari Sarawak, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Jason Juga.

    Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat Pasukan Simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.

    Mengikut pertuduhan, Fairuzul secara curang mengemukakan beberapa siri borang tuntutan sebagai dokumen tulen dengan mengetahui atau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen itu adalah palsu.

    Beliau didakwa di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-keduanya, jika sabit kesalahan.

    Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Joe Randy memohon jaminan sebanyak RM80,000.

    Hakim kemudiannya membenarkan jamian R10,000 dengan seorang penjamin dan kes dijadualkan 27 Julai ini untuk sebutan semula. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...