Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bekas Presiden Marseille mangsa COVID-19

    MARSEILLE, 1 APRIL – Bekas presiden Marseille, Pape Diouf, telah meninggalkan dunia pada usia 68 tahun selepas dijangkiti koronavirus, sumber dari keluarga memberitahu AFP kelmarin.

    Diouf, yang dilahirkan di Chad tetapi memiliki kerakyatan Perancis dan Senegal, membawa kelab tersebut di antara tahun 2005 hingga 2009 dan membantu membangunkan pasukan tersebut untuk menjulang kejohanan Ligue 1 pada tahun 2010.

    Dia dimasukkan ke dalam hospital di Senegal selepas dijangkiti virus ketika di sana dan menjadi mangsa kematian pertama negara itu disebabkan oleh COVID-19.

    Diouf sebelum ini bakal berlepas ke Nice untuk menerima rawatan di Perancis, tetapi kesihatannya semakin membimbangkan – di mana dia dilihat memakai alat pernafasan – menghalangnya daripada menaiki pesawat.

    Diouf merupakan bekas jurnalis dan agen bola sepak sebelum mengambil alih Stade Velodrome.

    Bekas presiden Marseille, Pape Diouf, telah meninggal dunia pada usia 68 tahun selepas dijangkiti koronavirus. – AFP

    Berpindah ke Marseille ketika berusia 18 tahun, dia memulakan karier dalam bidang ketenteraan, tetapi kemudian berpindah haluan. Selepas pengajian di Sciences Po yang berprestij di Paris, dia bekerja di akhbar La Marseillaise sebelum menjadi agen bola sepak, yang paling diingat menjadi agen kepada Didier Drogba, yang mengagumkan Velodrome pada tahun 2003 hingga 2004.

    Dia kemudiannya menjadi presiden Marseille, ‘jawatan yang sukar, di mana hanya segelintir orang terpilih dari latar belakang yang luas,” kata Jacques-Henri Eyraud, presiden kelab ketika ini.

    “Tetapi dia berjuang dan berjaya, dan memenangi hati beribu-ribu penyokong.”

    Diouf juga sedar mengenai kekurangan kepelbagaian dari sudut pentadbiran, memberitahu ketika sidang temu bual pada tahun 2008 bahawa pada hakikatnya dia adalah satu-satunya presiden yang berkulit hitam di seluruh kelab-kelab besar di Eropah berdepan dengan kesukaran.

    “Pape akan sentiasa berada di hati Marseille selamanya, adalah seorang arkitek terhebat dalam sejarah kelab ini,” Marseille berkata dalam satu kenyataan.

    Presiden Senegal, Macky Sall, turut memberi penghargaan kepada ‘figura hebat dalam sukan’ menerusi Twitter.

    “Kepada keluarga beliau, saya bagi pihak negara ini, ingin menyampaikan ucapan takziah.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda