Sempena kedatangan bulan Ramadan, bekas peserta Rancangan Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) 1987 telah menyumbang barang-barang makanan asasi untuk 13 buah keluarga asnaf melalui Komuniti Misi Kemanusiaan (KMK) Brunei.
Sumbangan tersebut telah disampaikan kepada wakil KMK di Kampung Rimba pada Selasa lalu.
