Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belajar cara selamatkan diri

    Oleh Salawati Haji Yahya

    TEMBURONG, 19 JUN – Dalam usaha memupuk rasa tanggungjawab dan mengambil berat akan aspek keselamatan kebakaran serta mengetahui tatacara yang betul menyelamatkan diri semasa kebakaran, pelajar, guru dan warga Sekolah Rendah Amo, kelmarin, terlibat dalam latihan kebakaran di sekolah berkenaan.

    Senario latihan kebakaran dan pengosongan bangunan sekolah itu menyaksikan kebakaran di salah sebuah bilik di sekolah berkenaan dan api berjaya dipadamkan dengan segera oleh anggota bomba dan penyelamat.

    Dalam usaha memadam, latihan tersebut melibatkan lima anggota dan sebuah jentera dari Balai Bomba Rataie.

    Latihan berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah dan Bahagian Perhubungan Awam Operasi G, Daerah Temburong yang mana latihan itu dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun bagi memastikan keberkesanan prosedur yang efektif dan bersistematik.

    Sehubungan itu, JBP menyediakan program-program keselamatan seperti Kursus Marsyal Bomba, Life Saver 995 dan Taklimat Keselamatan Kebakaran bagi mengetahui aspek-aspek keselamatan semasa menangani kecemasan serta mengetahui tatacara yang betul bagi penggunaan alat pemadam api.

    Para pelajar semasa mengikuti latihan kebakaran dan pengosongan bangunan sekolah di Sekolah Rendah Amo. – Gambar serahan JBP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda