Friday, December 27, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Disember

    THE HAGUE, 12 NOV – Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Disember bagi membendung ‘migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia’, menurut Menteri Hal Ehwal Suaka dan Migrasi, Marjolein Faber kelmarin, lapor Xinhua.

    “Sudah tiba masanya untuk menangani migrasi tidak teratur dan penyeludupan migran secara kukuh.

    “Pemeriksaan sempadan akan dilaksanakan dengan cara yang meminimumkan gangguan terhadap trafik ekonomi dan pekerja di kawasan sempadan,” kata Faber dalam satu kenyataan.

    Menurut kenyataan itu, pemeriksaan di lapangan terbang hanya akan dilaksanakan ke atas penerbangan tertentu yang dianggap berisiko kepada penghijrahan tidak teratur atau jenayah rentas sempadan.

    Cadangan itu telah mendapat kelulusan Kabinet Belanda.

    Beliau menegaskan bahawa langkah ini adalah sementara dan akan dikuatkuasakan selama enam bulan.

    Mengikut peraturan Eropah dan persetujuan sedia ada dengan negara jiran, individu yang tidak memenuhi syarat kemasukan di Belanda akan dihantar semula seperti yang
    ditetapkan, menurut kenyataan itu. – Bernama

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda